Tubuhnya tidak mengendahkan jeritan mindanya yang menyuruhnya berhenti. Air matanya mula mengalir. Hanya itu yang mampu tubuhnya lakukan. Pandangannya jadi kabur. Namun tangannya tetap menggenggam kuat tidak lepas. Dadanya berombak turun naik tidak terkawal.
Di hadapannya berdiri sesusuk tubuh. Tegak tergamam dan menggeletar seluruh tubuh itu. Lesi wajah bagai tiada setitis darah pun yang mengalir di dalamnya. Ketar lutut bagai tiada tenaga yang dapat menetapkannya dirinya. Kumat kamit mulut bagai ingin menyampai sesuatu yang tiada terucap.
Namun semua itu tiada erti lagi baginya. Kesumat di hatinya telah menutup segala simpati mahupun perikemanusiaan terhadap susuk di hadapannya itu. Saat-saat ini telah dinantikannya bertahun lamanya. Dan selama itulah juga salut dendam yang tebal telah melitupi hatinya dari sebarang rasa kemaafan.
Susuk tubuh itu yang basah ditimpa hujan kini terlutut ke tanah. Nampaknya tiada tersisa lagi tenaga yang dapat menampung dirinya. Basah hujan tiada beza lagi dengan basah lain yang tiada terkawal lagi. Susuk itu teresak-esak menangis yang tiada menambah basah kepada apa-apa.
Tangannya yang menggenggam terketar-ketar. Bukan kerana takut, tetapi kerana kewarasan yang berhempas pulas bertarung dengan perasaan yang menguasai diri. Dia melangkah setapak ke hadapan, ingin lebih dekat dengan susuk itu. Dia tidak mahu gagal. Dan lagi dia ingin menikmati kepuasan sebagai pihak yang memegang kuasa.
Susuk itu merapatkan kedua tapak tangannya meminta belas. Wajahnya sudah hilang segala ego dan riak di dalam derai airmata. Kini hanya tinggal penyesalan. Samada sesal atas pelakuan yang menjadi punca segala ini, atau menyesal atas kelekaan sehingga diri terjerumus sebegini, hanya empunya susuk yang tahu. Bagaimanapun dilihat, yang jelas sesalnya tiada guna lagi.
Hujan semakin lebat. Bunyi curahan air dari langit yang mengenai segala di bumi semakin bingit. Bunyi petir berselang bagaikan sorakan alam yang menyaksikan kedua susuk tubuh ini. Kedua susuk tubuh yang masing-masingnya berketar namun dengan maksud yang berbeza.
Dan pada satu saat yang bagai telah ditentukan, segala bunyi alam bagaikan hilang tiba-tiba. Sunyi sepi. Dan ketar kedua susuk turut reda. Dan pada saat itulah sang susuk yang berlutut melonglai tangan dan menurunkan matanya tanda bersedia menerima. Pada saat itulah juga dia yang berdiri menarik picu di dalam genggamannya.
Serentak itu petir berdentum dan alam kembali meneruskan lumrahnya. Susuk tubuh yang berlutut terus tersembam menyembah bumi. Genggaman tangannya terlerai, dan kembali menggeletar dalam sesalan bercampur puas. Tanah yang basah dek hujan kini menjadi kemerahan. Hujan terus turun mencurah-curah.
Travelog
8 tahun yang lalu
8 ulasan:
pelik ya..pergi tempat sejuk..dapat idea yang "panas" ?
Tak jumpa sedara mara Zeta ke kat sana?
mm cerita kali ni lari sikit drp biasa. saja nak bereksperimen dengan benda2 baru.
tempat tu sejuk sgtlah utk kaum kerabat zeta.. blum ada idea utk adaptasi lagi..
Haaa... kembali ke tema death and destruction... ko pegi Cameron buat ape boss... Layan citer ganas ke kat TV?
maksud Nad ialah bereksperimen menghuraikan maksud dendam,begitu? Macam dulu Nad tulis ektasi dan indah ya..satu pendekatan yang bagus juga.Akak sendiri tak pernah cuba menghuraikan satu titik perasaan.Selalu tulis pakai hentam dan on the spot je.
very detail. i like it. :D
rasa seperti saya pemerhati yang memerhati mereka di situ...
suma betul...mcm tgk scene kt tv pun ade..
F : aku tgk heartbreak kid je kat sana.. aku pun tatau apsal kembali ke tema ini..
kak M : sy pun tak perasan thanks sbb akak buat ianya jelas. btul ianya huraian sesebuah perasaan pada satu2 ketika. cuba akak lihat pengaruh elemen alam terhadap kekuatan perasaan2 tersebut ;)
hanni : ya sy cuba menulis sbg pemerhati ke-3. baguslah ianya nmpk begitu.. hehe risau gak org asik ingt 'dia' tu saya..
nina : hmm mungkin juga ada pengaruh citer2 yg penah abg tonton sblum ni (matrix?)
Ya..itu akak dah lama perasan,seolah tredemark ataupun memang Nad serasi dengan alam.Tapi tak ramai yang mempunyai bakat macam Nad iaitu memerhati,menjiwai dan dapat menulisnya kembali.Its a gift lah Nad..gunakan sebaik mungkin.Dah baca cerpen akak di kaps?
Catat Ulasan