Sememangnya sudah lama kuidamkan saat2 sebegini. Sudah lama aku ingin terbang ke sini. Sejak kufaham erti kehidupan, aku tahu yang aku tidak akan selamanya di atas tanah. Aku takkan puas berada di atas bumi sepanjang hidupku.
Di atas bumi, segala2nya berbeza. Segalanya serba sempit lagi menyempitkan. Di bawah kaki ada bumi yang dipijak. Di kiri dan kanan dikelilingi bangunan atau apa saja. Pandanganku sentiasa terhalang oleh sesuatu objek. Aku tidak puas. Langit telah sentiasa menjadi tuju dongakanku. Dan sejak sekian lama aku telah merinduinya.
Dan kini aku sedang terbang di langit. Tiada tergambar lagi keterujaan yang kurasakan. Kiri dan kanan saujana mata memandang. Kutoleh ke bawah, bumi yang kutinggalkan terhampar seluas2nya. Mataku cuba mencari tempat asalku di celah2 bentangan kota dan segala, namun tidak berjumpa. Segalanya kelihatan sama.
Adakah aku akan merindui bumi yang kutinggalkan ini? Adakah aku akan merindui deretan sempit bangunan yang dihiasi manusia bahu berbahu? Dengan segera kubuang jauh-jauh ingatan yang seketika menyempitkan fikiranku itu. Kutarik nafas dalam-dalam dan tersedutlah lagi segala kesegaran dan kenikmatan langit ini.
Dan tiba-tiba aku merasakan satu perasaan yang aneh. Kulihat kiri dah kanan tiada kelihatan apa2. Kudongak ke atas pun tiada terlihat apa. Yang ada hanyalah langit yang tiada berpenghujung. Apakah yang kucari di sini? Ke manakah yang harus ku tuju? Ke mana aku ingin pergi sebenarnya? Aku jadi hilang panduan. Aku meraba mencari kompas. Apakah gunanya kompas di langit ini? Keluasan langit yang tiada berakhir membawa satu perasaan yang tidak pernah kurasakan selama ini. Kosong.
Sekali lagi ku jenguk ke bawah. Hamparan segala2nya di atas permukaan bumi kembali menggamit diriku dengan senyuman, bagaikan masak dengan pepatah "apa yang naik pasti akan turun juga. " Aku mula panik. Tanganku terkapai2 mencari tempat berpaut yang sudah tiada. Bukankah aku sedang terbang sebentar tadi? Adakah aku bermimpi?
Tali graviti bagaikan merentap aku turun kembali ke bawah. Kembali ke dunia asalku. Dunia yang telah nekad kutinggalkan. Aku tidak ingin begitu. Namun jatuhku tetap semakin laju tiada simpati. Kini giliran langit yang kelihatan amat jauh di atas. Dan aku sedar yang ianya bukan dalam jangkauanku lagi. Kudepangkan kedua tangan, tubuh merela diri kembali ke tanah. Namun hatiku tidak.
Tiada kupeduli di mana nanti jatuhku, mahupun hancur atau tidak tubuhku kelak tiba di bumi.
Tiada ingin kufikir apa2 lagi. Mata kembali kututup.Tiada kupeduli di mana nanti jatuhku, mahupun hancur atau tidak tubuhku kelak tiba di bumi.
8 ulasan:
-mendalam benar ni...nanti akak datang balik.
ya kak.. tp takyah susah2 nk fhmkan.. buat pening pala je.. :p
ada satu feel bila baca entry ni...
mula-mula dapatkan rasekan ketenangan..
akhir tu dapat rase jiwa yang meronta-ronta...
susah nak terangkan...
memang best :)
terima kasih krn komen ini sedikit sebanyak menjelaskan yg tidak jelas bg sstgh pembaca.. ;)
sekarang sarah pula yg tengah terbang di langit,terhempas ke tak terhempas ke belum tahu,hopefully selamat mendarat..
jikalau fitrahnya burung sudah bersayap, maka langitlah menjadi taman permainan. janganlah takut sarah, you'll be fine.. insyaAllah..
tertinggal n3 ni kot. lama x menjenguk. :D
nadd, seperti biasa detail yang penuh perasaan ini... saya kagum sekali lagi.
tak semua miliki apa yang nadd miliki.
terima kasih hanni kerana sudi baca corat coret saya ni..
Catat Ulasan