#

Pembaca

Selasa, Oktober 28, 2008

Debar

Debar. Setiap kali jemarinya bergerak hatinya rasa berdebar. Entah kenapa rasanya seperti gerak gerinya sedang diperhatikan. Setiap tuturnya, setiap luahannya semuanya diteliti dan diperhati. Setakat diperhati masih tidak mengapa, namun dirasakan yang debarnya lebih daripada itu. Dia rasa seperti akan dihakimi berdasarkan apa yang akan dilakukannya. Setakat dihakimi dia tidak kisah, namun debarnya lebih dari itu. Perasaan dihakimi oleh hakim2 yang tidak dilantik, oleh mereka yang tidak mengenalinya, pendek kata oleh orang asing, perasaan itulah yang mendatangkan debar padanya. Terbayang di kepalanya seorang pesalah di mahkamah tunduk senyap menanti hukuman. Semua mata memerhatikan gerak gerinya. Hakim juga orang asing padanya. Pesalah itu pasti rasa debar juga. Apa bezanya dia dengan pesalah ini? Bezanya dengan dia ialah pesalah itu dihakimi di atas perbuatannya yang telah lepas. Kiranya selepas ini semua tamat dia tiada beza lagi dengan pesalah itu. Bergantung pada penghakiman yang bakal diterimanya. Dia menarik nafas panjang, lalu dihelanya perlahan. Langsung jemarinya terus digerakkan. Dan hatinya terus debar.




*1st post pada blog lama di frenster pada 28Okt2008 :)

0 ulasan: