#

Pembaca

Jumaat, Disember 05, 2008

Tersepit

“Seronokkan cerita tadi,” berbunga hatinya menyapa. Temannya mengangguk tanda setuju. Temannya itu memang berat mulut, namun dia tidak kisah asalkan sudi bersamanya di kala hujung minggu begitu. Berdua mereka berjalan keluar beriringan.


“Lepas ni kita nak ke mana?” tanyanya riang. Temannya memandang mukanya dan tersenyum. Dia sedikit tersipu apabila dipandang sebegitu. Bukan dia tidak biasa dipandang, cuma lirikan mata temannya kali ini sedikit dalam, seperti sedang membaca fikirannya.


Temannya menghulurkan tangan. Sejurus disambut tangannya itu digenggam erat. Serentak bagaikan ada satu aliran tenaga yang mengalir akibat sentuhan mereka, bulu romanya sedikit meremang. Jantungnya mula berdebar serta terasa mukanya hangat. Dia memaling ke arah lain, cuba menyorokkan senyuman yang tidak dapat ditahannya lagi. Saat itu hatinya berasa sangat bahagia. Harapnya agar saat itu tidak akan berakhir.


Suasana hening bahagia itu dipecahkan oleh nada dering telefon bimbitnya. Dengan hati yang berat dia melepaskan pautan tangan penuh kasih itu. Tas tangannya dibuka untuk mencari telefon bimbitnya.


“Hellooo,” sengaja dileretkan jawabnya. Senyuman bahagia tetap tidak lekang sambil matanya melirik manja ke arah temannya yang hanya tersenyum.


“Ya, di rumah. Duduk-duduk saja tengok tv,” sambil berjalan tangannya yang bebas dihulurkan kepada temannya. Tidak bersambut. Temannya sedang sibuk menyeluk poket mencari sesuatu.


“Mm I miss you too sayang,” manja sekali suaranya membalas belai suara di hujung talian. Wajahnya dipalingkan dengan harapan tidak kedengaran oleh temannya itu.


Tit toot! berdesing bunyi kereta dibuka kunci. Temannya itu memandangnya sambil berdiri di sebelah kereta.

"Cepatlah sayang, you cakap dengan siapa tu?" luahan pertama temannya sejak mereka keluar dari panggung tadi.


"Bunyi apa tu sayang? Kata sayang di rumah? Kenapa ada bunyi kereta?Suara siapa tadi tu?" bertubi-tubi soalan diaju oleh suara di hujung talian. Dia kaget. Senyumannya hilang entah ke mana. Fikirannya pantas mencari alasan. Dia tersepit.

7 ulasan:

atizeb berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dato Paduka Masri berkata...

baru dia tau

AB HAFIDZ berkata...

Oo err. Seperti pernah kualami

oly berkata...

Holaa..ini mesti cerita Bro yang tersepit dan terperangkap kan...rasanya Nina pernah nampak bro minum kat satu tempat..lain kali kalau jumpa lagi..kita racing k..sapa kalah belanja minum ABC..kuang3
*pssst siapa kah dia di sebelah bro itu?

nadd berkata...

dato :ya padan muka dia..

ab : hahaha kantoi besar siot kalau kena..

oly : ler selambalah nampak tapi tak tegur.. takut salah org ke nina?
*siapakah? tak ingt lah..

LNSarah berkata...

Nina dah sampai ke sini ya...habislah. Sapa tu ?jeng jeng jeng...

Friction berkata...

bareru tsumori kaaaaa.....