#

Pembaca

Rabu, Disember 10, 2008

Gangguan

Dia menarik nafas dalam-dalam. Ini bukan kali pertama dia menghadapi saat-saat begini. Namun sudah lama dia tidak menghadapinya. Hatinya bagai separuh yakin dan separuh tidak bahawa dia akan berjaya melaluinya. Namun dia perlu cuba juga. Berpantang maut sebelum ajal orang kata.

Hati kecilnya kagum dengan kawan-kawannya yang berjaya melaluinya. Malah dia tahu ramai yang dapat melakukannya dengan mudah. Namun bukan dia. Konsep melakukan lebih daripada satu perkara di dalam satu masa (multi-tasking) memang tidak sesuai untuk dirinya. Dia bukan sahaja tidak boleh memandu sambil menaip sms yang memang tidak masuk akal baginya, malah perkara2 yang asas seperti berbual sambil menonton tv pun dia memang tidak mampu buat.

Tapi itu memang jika dia ingin melakukan 2 perkara pada satu masa. Masalah yang dihadapinya sekarang ialah dia hendak melakukan satu perkara sahaja. Namun begitu, terdapat satu perkara yang lain yang mengganggu tumpuannya pada masa yang sama.

Dia cuba fokus perhatiannya terhadap kerjanya untuk mengabaikan gangguan itu. Dibiarkan sahaja gangguan itu datang dari kiri dan kanan. Dia tidak dapat berfikir apa-apa tentang kerjanya. Dia cuba lebih fokus lagi. Kali ini ianya datang dari depan dan belakang dan dari sekelilingnya. Semakin dia fokus semakin kuat rasanya gangguan itu. Dia mengeluh hampa. Kali ini dia gagal.

Namun dia tidak akan patah semangat untuk terus mencuba. Baginya segala-gala boleh dilakukan jika ada azam yang jitu. Jika ditakdirkan pada satu masa nanti dunia akan memerlukannya untuk melakukan beberapa perkara penting di dalam satu masa dengan gangguan yang lebih banyak di sekelilingnya, dia tidak mahu gagal dan menyebabkan dunia musnah hanya kerana kegagalannya menangani perkara2 dan gangguan2 tersebut.

Dia kembali bersemangat. Namun rasanya cukuplah buat hari ini. Dia pasti akan mencabarnya lagi nanti. Dengan azam yang kukuh dan jati diri yang tinggi tangannya mencapai punat dan menutup radio yang dari tadi mengganggu konsentrasinya untuk menulis.

4 ulasan:

SJ berkata...

tapi u blh bermain drum. itu adalah multitasking per. ketuk dgn tangan dan pijak kaki. sambil tu kena tgk notes kat TV kan.

Nadd berkata...

yeah mungkin bila perlakuannya bersangkut paut maka lebih boleh dilakukan seperti bermain drum atau alat musik atau mandi sambil menyanyi..
mungkin bila tidak berkaitan maka fokus akan pecah dan otak tidak tahu yang mana satu nak buat.. :p

Sarah berkata...

nak komen pasal multitasking or pasal penulisan ni? confuse dah..so no comment je lah..

Nadd berkata...

komen pasal apa pun boleh sarah.. abang suka je baca apa2 komen..