#

Pembaca

Jumaat, Januari 09, 2009

Tanda

Nampaknya penulis telah ditanda oleh Sarah! Berikutan itu di sini dipaparkan sedikit temubual yang telah dijalankan terhadap penulis Ekspresia iaitu saudara Nadd tentang tahun 2008 yang baru lepas. Kebetulan penulis belum mempunyai cerita baru jadi sementara itu anggaplah ini sesi mengenali sedikit sebanyak tentang penulis.

Overall, rate year 2008 from 1-10 (10 being the highest)
Nadd : Kenapa nak kena rate tahun? Saya tak pernah rate tahun. Dan kenapa suara awak slanga British?

Have you fell in love this year?
Nadd : Ya saya.

Are you still in love with this person?
Nadd : Ya saya. Kenapa tanya soalan2 macam ni? Malulah saya.

Have you lost any friends?
Nadd : Hm, ada juga.

Have you made new friends?
Nadd : Pun ada juga. Er..tak bosan ke tanya soalan yes no nih?

Do you have a crush on someone?.. Did you tell them?
Nadd : Ya ada. Dan saya beritahu dia. Tukar topik dan tanya soalan2 lain pula ya.

Do you have any regrets?
Nadd : Hmm kalau ada pun kecil2an je.. contohnya saya selalu menyesal tidur lambat sampai terbangun lambat. Tapi saya tetap selalu tidur lambat. Dasar tak insaf2.

Do you have something you wish you would have done, but didn't?
Nadd : Takde rasanya. Bagi saya semuanya berlaku atau tidak berlaku dengan sebab tersendiri.

Did you become closer with your family?
Nadd : Biasa saja. Sekarang saya tinggal dengan ibu dan adik lelaki saya. Eh awak tak tanya ya yang ini. Maaf ya.

Have you changed?.. not just looks, but personally?
Nadd : Ya saya sentiasa berubah-ubah. Adalah satu cabaran bagi saya untuk cuba menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Tapi rupa saya rasanya tak berubah dalam setahun ni. Begitu juga berat badan saya. Hmm... (down sekejap)

Have you gotten drunk?
Nadd : Mabuk? Ya.. mabuk chenta kahkahkah.. (happy semula)

Smoked?
Nadd : Ya, saya memang merokok. Cuma sedang kurangkan.

Got in a car accident?
Nadd : Ya, bulan Julai lepas. Kenangan yang saya tak suka.

Done good in school?
Nadd : Saya dah tak bersekolahlah. Umur dah 29tahun ni.

Gone on a trip? .. If so, where?
Nadd : Tahun lepas saya pergi redang, brunei, sgpore, bandung tapi yang saya paling suka ialah Redanglah sebab saya memang sukakan laut dan pulau .

Has something bad happened this year, that you wish you could go back and erase?
Nadd : Oh, ada..ada. (..... )

Gotten anything new?
Nadd : Ya.. saya dapat hobi baru iaitu menulis, kawan baru, dan hmm hmm baru... oh ya dan juga Nokia E71 siap dengan GPS dan intenet 3G woohoo! Eh maaf ya teruja sebentar.

Talked to total strangers?
Nadd : Ya, biasalah tu.. peramah lah katakan.

Did something good for the community?
Nadd : Hmm takde lah rasanya. Setakat tolong pungutkan syiling orang yang jatuh je kot..

Did something good for your school?
Nadd : Saya dah kata saya tak bersekolah dah. Dah 29 tahun dah ni. Hmm tapi hari tu saya balik ke sekolah lama ada acara masa tu siap terpatahkan katil asrama lagi.. ops shhh!

Joined a new club?
Nadd : Masa bulan puasa hari tu saya sikit lagi nak join kelab drumline tapi tak jadilah sebab saya tak boleh nak komit. Saya tak suka buat perkara yang saya tak boleh nak komit.

Wished you could dissapear?
Nadd : Oh ya.. selalu saya ingin hilang.. dan selalu juga saya ingin terbang, teleport, telekinesis dan menembak dengan tapak tangan ala tapak tangan buddha kungfu hustle. Daya imaginasi saya memang tinggi.

Gotten in a fight?
Nadd : Ya saya ada bergaduh dengan seekor ayam di chatroom dan saya kalah dengan teruknya.. Ia jadi pengajaran yang sangat bagus untuk saya iaitu 'jangan bergaduh dengan spesis yang berlainan jikalau awak tahu awak tak boleh menang'.

Favourite movie this year?
Nadd : "Forgetting sarah marshall". Sangat kelakar tapi punya mesej yang bernas. Jangan tonton dengan ibubapa anda walaupun mereka berfikiran terbuka.

Favourite song this year?
Nadd : Lucky dendangan Jason Mraz feat. Colbie Caillat. Ada kenangan dengan lagu itu ;)

Pick a friend, just one.. Write an awesome memory of 2008..?
Nadd : Ada si Dennis yang mula2nya menumpang saja di rumah saya tapi lama kelamaan dah buatnya mcm rumah dia sendiri. Yang bestnya, selama hampir setahun dia di sini, baru bulan lepas saya dapat tahu yang Dennis sebenarnya betina!

Memory with family?
Nadd : Hari Raya yang lepas kami sekeluarga pergi jalan-jalan ke Genting Highland. Dan saya sedari fakta yang saya sudah tua apabila langsung tiada nafsu untuk naik apa-apa kenderaan debar (thrill rides).

Best memory overrall?
Nadd : Biarlah rahsia. Hehehe..

New Years resolution?
Nadd : Tahun baru ini saya ingin menumbuh sayap agar dapat terbang.

Will you become closer friends with someone? (who?, if you wanna say!)
Nadd : Ya, semestinya. Tapi bukan Dennislah, saya memang dah berkawan baik dengan dia.

Will you try harder in school/university?
Nadd : Berapa kali nak kata, saya sudah tak bersekolah. Tak reti-reti. Banyak lagi ke soalan ni. Pembaca dah boring dah ni.

Will you make this year much better than 2008?.. How?
Nadd : Saya ingin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat pada manusia sejagat. Seperti mesin masa ataupun mesin mandi pagi automatik.

What have you LIKED about 2008?
Nadd : Tahun ini Ekspresia lahir.. :)

What have you DISLIKED about 2008?
Nadd : Tiada, hidup saya tiada sebarang kekesalan. Agak poyokan.

Are you glad 2008 is over.. Honestly?
Nadd : Oh tidak. Kerana tahun ini saya akan masuk umur 30.. arghhhhh!!!


Begitulah lebih kurang sesi temubual yang tidak dapat ditamatkan di atas sebab-sebab penulis dah terlalu tertekan dengan soalan terakhir tadi. Jika jawapan2 penulis tidak begitu jelas sangat, minta maaf ya. Penulis memang agak pemalu orangnya.

Bila ditanya tentang siapa yang hendak ditanda selepas ini, penulis menjawab, "Saya tau kalau saya tag sesiapa pun mesti mereka takmau layan saya. Tapi saya tag jugalah kawan saya yang sepatutnya 'sport'ing iaitu En. Friction 'Sport'. "




4 ulasan:

Sarah berkata...

terimakasih kerana telah siapkan tugasan anda. Anda sedang mengalami apa yang dinamakan "writers block".

Nadd berkata...

hmm writers block ya.. pernah dgr tp taktaulah mcm mananya..kalau tak menulis je kira writers block lah kot kan..

AB HAFIDZ berkata...

kui kui priksyen kena teg

Mazlina berkata...

haha okayyyyy

this shud b intresting