#

Pembaca

Selasa, Januari 06, 2009

Basikal

Dia berjalan menuju deretan basikal2 di hadapan bangunan. Di tangannya tergenggam sebatang skrudrebar. Diperhatinya satu persatu basikal yang ada. Semuanya kelihatan hampir sama padanya, cuma berbeza pada warna, saiz dan beberapa ciri-ciri lain. Kemudian langkahnya terhenti.

Dia memerhatikan mekanisma besi bulat yang sedang mengunci jejari rim salah sebuah basikal di situ. Kunci jenis itu adalah kunci standard bagi kebanyakan basikal daripada jenama yang sama. Seperti kunci handle pada motosikal atau kunci stering pada motokar. Walaupun sistem kunci sebegitu adalah mudah, namun ia tetap memerlukan sedikit masa untuk memecahkannya.

Dengan sedikit rasa kesal dia tunduk dan memulakan kerjanya. Kesal kerana perlu merosakkan sesuatu yang masih elok. Namun dia perlu lakukannya. Ini adalah salahnya juga. Dia sudah cari merata-rata baik di dalam poket seluar, di dalam poket jaket mahupun di dalam begnya namun tidak juga berjumpa. Dia pasti kunci basikalnya itu sudah tercicir di mana-mana.

Dia cuba berlagak senormal mungkin agar tidak menimbulkan curiga di kalangan orang yang lalu lalang. Hari semakin gelap dan dia ingin cepat menyelesaikan perkara tersebut. Dengan tubuhnya yang sedikit besar itu yang terbongkok-bongkok menghadap sebuah basikal, memang dari jauh dia kelihatan seperti seorang pencuri basikal yang sedang menjalankan operasi.

Setelah beberapa minit mencucuk dan mengumpil, akhirnya basikal itu bebas dengan besi kuncinya ganas terbengkok. Dia menegakkan badan sambil tersenyum puas. Bangga seketika dengan dirinya yang berjaya menewaskan besi kunci itu dalam masa yang singkat. Besi kunci itu boleh digantinya nanti. Yang penting sekarang dia ingin beredar daripada situ secepat mungkin sebelum disyaki oleh sesiapa. Dia mencapai handle basikal itu ingin menyorongnya keluar daripada barisan puluhan basikal2 lain. Dan dia terlihat sesuatu lalu berhenti.

Basikalnya mempunyai raga! Sejak bilakah basikalnya mempunyai sebuah raga di bahagian hadapan handle?! Dia panik seketika dan memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan. Dan nah, di sebelah kanannya kelihatan sebuah basikal yang serupa, kecuali basikal itu tidak mempunyai raga! Dan dia baru sedar yang itulah basikal dia yang sebenar.

Kini paniknya sudah bercampur gelabah. Dia sedar hakikat yang dia telah memecahkan kunci basikal yang milik entah siapa dan dia boleh dituduh mencuri pada bila-bila masa sahaja. Dia perlu beredar dari situ dengan segera. Harapannya janganlah tuan basikal itu muncul pada saat-saat ini. Dicapainya handle basikal yang tidak beraga miliknya itu dan dia cuba menyorongnya keluar. Namun begitu basikal itu tidak bergerak bagaikan tersangkut sesuatu. Spontan dia menoleh mencari puncanya dan dia melihat sebuah besi bulat yang masih gagah berkilat bagaikan sedang tersenyum mengunci rim basikalnya itu.




Deretan basikal (gambar hiasan)

7 ulasan:

Sarah berkata...

buat sarah ketawa..ada sedikit perbezaan di hujung cerita.

oly berkata...

ooo..bro lah yg kopak basikal nina ya..baru tau

Nadd berkata...

sarah : hehe suka ya ketawakan abg..

oly : ala apa sgtlah basikal tu nina kan dah ada keter racing yg sgt laju tu..

Friction berkata...

Haha... cam cerita benar jer boss...

Nadd berkata...

friction : adaptasi drp kisah benar lah apa lagi..

Hanni Ramsul berkata...

:) senyum panjang. Hehehe
ilang tensen idea bantut nak sambung citer. ahaks
kesian empunya basikal tuh...
ish ish ish...

Nadd berkata...

hanni : mmg kesian tp gelabah utk pecah kunci yg seterusnya tu terus meneggelamkan rasa kesian.. hehehe..
at least basikal dia tak hilang walaupun dirundung malang hihihi..(nak sedapkan hati sendiri)