#

Pembaca

Sabtu, Januari 03, 2009

Monsun

Dia terjaga dari lenanya dek titisan-titisan air halus yang menyinggahi wajahnya. Matanya dibuka sedikit, dan sejumlah cahaya lembut menerpa masuk. Pandangannya sedikit silau dan anak matanya pantas menyesuaikan dengan keadaan.

Langit di luar tingkapnya dilitupi awan seluruhnya melembutkan cerah mentari pagi. Hujan gerimis masih turun dengan titisan kecil membasahi dedaun pohon di luar tingkap biliknya. Udara segar selepas hujan lembut menghembus menyamani wajahnya. Dia asyik memerhati sebuah lopak air yang tak henti meriak gelombang dek dilanda gerimis.

Gegendangnya menangkap deruman samar-samar dari angkasa. Matanya masih leka memerhati mainan riak gelombang di takungan bagaikan mengikut rentak alunan hujan. Refleksi pada lopak itu kemudian menampakkan punca deruman yang semakin bergema. Kelihatan sebuah kapal terbang merentas perlahan dada langit dan menghilang di hujung lopak. Dia mendongak mencari di mana namun matanya tidak menjumpai apa-apa selain kepulan-kepulan awan yang memutih redup.

Seketika kemudian dedaun dan ranting pohon mula beralun lembut. Serentak itu wajahnya disapa segugus angin nyaman yang berhembus. Titisan air dari daunan semakin galak menjurai jatuh ke tanah. Cermin tingkapnya yang separuh terbuka turut basah terembes titisan-titisan halus yang tertiup, dan setiapnya membias membentuk pelangi-pelangi kecil. Dia berasa amat tenang di dalam golak angin itu.

Gugus angin kemudiannya mereda dan dedaun serta ranting-ranting basah kembali melusuh dengan setiap hujung dihiasi titisan air yang menunggu giliran untuk gugur ke bumi. Matanya dipejamkan, ingin menikmati pula dengan deria-deria yang lain. Bunyi jatuh titis-titis air bagai mengalun rentak alam yang mengasyikkan. Dia menghirup nafas panjang, memenuhi dadanya dengan udara segar.

Matanya dibuka semula dan tangannya bingkas mencapai gitar yang tersandar di tepi katil. Pandangannya dihalakan kembali ke luar tingkap. Dinikmatinya lagi keindahan pagi yang basah. Ingatannya menerawang pada seseorang. Rindu. Tanpa disedari perlahan-lahan jemarinya memain sebuah lagu yang terlintas di kepalanya.

"Running through the monsoon,
Beyond the world,
To the end of time,
Where the rain won't hurt,

Fighting the storm,
Into the blue,
And when I lose myself I think of you,
Together we'll be running somewhere new,
Through the monsoon,
Just me and you.. "




Kredit gambar dari sini


*notakaki : lirik adalah daripada lagu Monsoon dendangan Tokio Hotel.

12 ulasan:

mrberett berkata...

best..baca ulang kali nk paham cite sebenar..hehe

Nadd berkata...

hehe terima kasih..

maaflah buat anda baca ulangkali.. :p

Sarah berkata...

no bus stop?

Hanni Ramsul berkata...

Hmmm... membuai. Sementara seakrang ini musimnya..nikmatilah sepenuhnya. Jangan sampai leka pula, nanti rumah masuk air pun x sedar...

Memikat. :) bila baca, tiba-tiba saya teringat karya Sasterawan kita, A. Samad Said. dalam novel beliau, Daerah Zeni (kena bc, sbb masa tu jd teks sekolah :D)

Pemerian sedetail ini...kalaulah saya pun boleh buat begitu. Hmmmm....

Nadd berkata...

sarah : tak faham sbrnye bus stop apa? sian sarah ya mesti kena baca beberapa kali jugak.. maaf ya.

hanni: smntara musim ni dan juga musim lagu ni yg saya suka sbrnya..
lebih senang menulis perkara2 yang kita suka kan..cepat saja buat kita leka..

wah! a samad said.. mm terus terang saya blum pernah baca tulisannya walaupun namanya acapkali saya dengar.. anyway terima kasih saya amat hargai pujian hanni itu.. :)

Mazlina berkata...

ah

another monsoon-infected human being.klau bdk2 emo tu tau betapa their song have changed people's lives,menangis kot haha drama2

rock on rock on

Friction berkata...

Bukan Helicopter ker? haha...

Sarah berkata...

menimbulkan keraguan..atau hanya jauhari yang mengenal manikam?

Nadd berkata...

mash : one word for u.. 'indeed..' :p

friction : katerbang la weh heli kalu bunyinya butabutabutabutabutabuta....

sarah : hmm keraguan akan sentiasa timbul.. terpulang kepada kita untuk menilai jauhari samada dia kenal manikam atau tidak..

Sarah berkata...

ya betul kan.round and round..round and round

Nina berkata...

Yg ko cari bus stop kat sini buat apa sarah?Ko kenal bas ke tak?hahaha..sorry bro..menyampuk dlm hujan lebat ni..btw I love the song..

Nadd berkata...

sarah : hehe nak join round n round.. :)

oly : oly suka lagunya atau penyanyinya yg super-emo.. heheh..