Perlahan2 dinyanyikannya lagu merdu ciptaan sendiri. Berilhamkan alam di sekitarnya, berilhamkan si dia yang belum ketemu. Berilhamkan cinta yang bertahta, berilhamkan rindu yang membuku. Merdu suaranya memecah hening malam. Harapnya lagu itu dibawa oleh sang bayu sehingga sampai kepada si dia di sana.
Langsung itu nyanyiannya disambut sang pria lain. Ada rupanya yang turut sama merindu sepertinya. Bagai saling memahami, kumandang alunan tenor dan soprano membentuk harmoni pada irama. Tiada dikenal rupa, tiada dikenal wajah, namun dendangan melodi yang tulus membuktikan taut hati pada sang puteri.
Dan alam juga turut sama menyanyi. Sang cengkerik mengalun irama tambah gemersik. Diselangi bunyi titisan2 air pada wajah kolam yang bagai memalu rentak. Sambil tiupan angin malam menggesel dedaun menyumbang ritma pada orkestra malam.
Mengapakah begitu dalam rindu ini?
Mencengkam jiwa, merundung hati,
Ingin kujerit saja, tiada tertahan lagi.
Akan kupastikan kau di sana mendengari.
Agar dikau kan datang ke mari,
Kepadaku yang sedang menanti.
Mencengkam jiwa, merundung hati,
Ingin kujerit saja, tiada tertahan lagi.
Akan kupastikan kau di sana mendengari.
Agar dikau kan datang ke mari,
Kepadaku yang sedang menanti.
"Plush!" kolam meriak ganas akibat diganggu sesuatu yang jatuh ke dalamnya. Nyanyiannya terhenti. Siapakah gerangan yang mengganggu ini? Cengkerik terus berdiam diri. Malam kembali sunyi. Menunggu riak kolam tenang kembali.
Setelah seketika tenang pun tiba. Dan dia mengalun semula melodi rindu yang terganggu. Diharap janganlah si dia di sana bertawar hati. Nekadnya memujuk walau sampai ke pagi. Lalu dinyanyikan semula lagu cintanya. Dayu gemersik suaranya memanggil dan merayu. Dirasakan dirinya kembali diselubungi rindu.
"Splushh!!" riak-riak besar bagai tsunami menggoncang ketenangan kolam. Percikan-percikan air mengenai wajahnya yang terkelu. Maafkan kanda dinda, nampaknya malam ini bukan untuk kita. Lantas dia berpusing dan melompat terjun ke dalam kolam. Hanya riak kecil hiba yang ditinggalkannya. Bersama duka dan kecewa.
"Amin, mari masuk ke dalam. Buat apa lagi di tepi kolam tu malam2 begini," kedengaran satu suara memanggil. Amin berpaling menoleh ke arah suara itu. Dilepaskan batu-batu kecil dan besar daripada tangannya dan lantas dia berlari-lari anak menuruti suara tersebut.

****

5 ulasan:
baca di sini lain rasanya dari baca di kapasitor..di sini lebih fokus dan lebih terasa mungkin warna latar memberi sedikit kesan...suram,gelap,rindu.(faham-fahamlah kan).Di kapsitor..latrnya putih seperti mood kurang bangkit. Akak pun sudah beri nilai dan menghantar rekomen untuk ahli kapasitor sebab cerpen ini tetap menarik.Amin dah pandai rindu-rinduan..
Wrong! Bkn amin yg rindu but si katak..amin jahat tukang kaco..tukang baling batu tu.Yg sebenonye bkn amin or katak yg rindu ni..Bro yg rindu hahaha..sok luse baliklah die tu..
Erm..direct betul lah Nina ni..beri peluanglah..kat orang tu.Ini cara orang yang lebih dewasa berbahasa.bukan tanda tidak faham cuma bermain kata.
akak maria :
mm ya saya setuju cerita saya bagaikan sebati dgn ekspresia ni.. mungkin sbb mmg tempatnya di sini kot.. bila sy post di kpastor rasa mcm pelik sikit.. ntah kenapa..
anyway terima kasih kerana memahami.. :)
nina : hehehe nina pun rindu jugak kan.. kalau sendiri tak rasa pasti takkan tahu perasaan org lain kan.. ;)
Kesian katak tu..he3
Catat Ulasan