#

Pembaca

Rabu, Jun 24, 2009

Kupas

Mukanya terasa pedih. Dirasa-rasa dengan jarinya. Terasa kesat dan kasar. Dia mengeluh sendirian. Nampaknya keadaan begini akan berterusan buat beberapa hari lagi. Sudah terbayang di fikirannya rakan2 sepejabatnya memandangnya dengan pandangan yang pelik, atau lebih teruk lagi, pandangan yang jelik.

"Man, kau buat apa kat tengah2 panas tu? Kalau ya pun nak tunggu mereka, tunggulah di bawah pokok ni," jerit Tan dari kawasan redup berdekatan. Kelihatan bersama-samanya berteduh di situ ialah Lan dan Sim. Lan sedang duduk di atas rumput sambil meneguk dari sebotol air mineral yang dibawanya. Sim pula sudah terbaring sambil menutup muka dengan lengan kirinya. Tangan kanannya memegang tuala yang semestinya telah lencun dek peluh.

Man mengangkat tangannya kepada Tan namun tiadalah pula dia berganjak dari tempat berdirinya itu. Perit panahan mentari begitu terasa mencucuk belakang lehernya, dan seluruh bajunya telah pun dibasahi peluh, namun tangannya tetap gigih memegang kamera yang sebahagian lagi beratnya ditampung dek lehernya oleh tali kamera yang kukuh. Sesekali titis-titis peluh dari dahi mengalir turun dan memasuki matanya, membuatkan Man terkedip2 menyahkan basah yang hadir. Tangannya terlalu sayang untuk dilepaskan bagi menyeka walaupun sebentar. Takut terlepas peluang keemasan.

Dan kemudian yang ditunggu-tunggu muncul dari celah bangunan konkrit. Deretan demi deretan yang muncul bagaikan magnet yang menarik serbuk2 besi. Sekejap saja tempat berdiri Man dipenuhi dengan mereka2 yang mempunyai tujuan yang sama dengannya. Dan dengan sepantas itu jugalah kerlipan demi kerlipan dilepaskan tanpa ditunggu-tunggu lagi. Tan, Sim dan Lan yang berteduh sejak tadi pun bergegas bangkit mengusung peralatan masing2. Semuanya tidak mahu melepaskan peluang yang jarang2 muncul ini.

Susunan yang bagaikan diatur dan dirancang dan gerakan2 yang bagaikan lemah gemalai memang mengujakan setiap insan yang berada di situ. Semua mata dan kepala menoleh dan terpaku, dan hingar suasana bagaikan tiada berkesan bagi mereka. Man dan rakan2 dengan sedaya upaya mereka cuba merakam setiap saat dan detik, jari memetik dan terus memetik bagaikan rugi jika berhenti walau sesaat.

Sehinggalah deretan demi deretan itu hilang di sebalik sana bangunan konkrit, barulah mereka2 ini berhenti dan kembali mengambil nafas. Ada yang memeriksa hasil kerja tangan masing2, tidak kurang juga yang masih mengekalkan posisi, mungkin masih berharap sesuatu yang mustahil. Man hanya tersenyum puas sambil memandang rakan2nya. Yang dihajatinya telah tercapai, penat lelah panas terik sudah lama hilang rasa deritanya. Tergambar kepuasan di wajahnya yang tidak dapat diukir kembali pada waktu2 yang lain selain daripada waktu ini.

Jari2nya menenyehkan losyen Nivea pada wajahnya yang kasar itu. Lembut sejuk losyen bercampur dengan imbasan kenangan manisnya tadi membuatkan Man tersenyum sendirian. Dia tidak peduli lagi apa yang rakan2 sepejabatnya akan fikirkan. Apa yang penting padanya adalah takkan ada kepuasan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Dan kulit wajah yang terkupas sebegini merupakan pengorbanan kecil saja baginya berbanding apa yang telah diperolehinya. Man terus tersenyum.


Deretan demi deretan

7 ulasan:

kichi berkata...

hmmmm seperti telah kualami saat sebegini dalam tempoh masa yang baru sahaja berlalu...

Nina berkata...

Rangkap terakhir tu boleh memberi pandangan yang berbeza-beza wakaka..mengelupas ya boss.litar girls kan ada, tk dapat tumpang payung pun, pinjamlah sunblock!

Sarah berkata...

Hmm..masih mengigau lagi dia.Nak tulis jugalah macam ni,tunggu.

Nadd berkata...

kich : masih segar dlm ingatan?

nina : tak teringat pula nk pinjam dr mrk.. hoho gurau saja ya..

syg : :*

Maria Kajiwa berkata...

bukan mengigau cuma masih terbayang-bayang di ruang mata, apa yang terbayang tu hanya tuan badan yang tahu ya.

Nadd berkata...

akak : kdg2 sy rasa mcm teluscahaya..senang ya nk baca diri sy ni kak?

Maria Kajiwa berkata...

Orang pieces mana ada yang senang Nad, seumpama ikan di dalam air yang jernih..nampak memang nampak, nak pegang..sorry lah.