#

Pembaca

Sabtu, September 12, 2009

Upun dan Ipun

"Upun, marilah ke sini!" ujar Ipun dengan galak. Namun Upun diam sahaja tidak bergerak. Ipun berasa hairan. Mungkin Upun masih tidur, fikirnya. Sambil itu mulutnya kumat-kamit menggumam kepalan makanan.

Waktu2 begini biasanya Upun yang bangkit awal. Setelah bangkit, Upun pasti akan mengganggunya yang sedang tidur dan mereka akan berkejaran merata2 sementara menuggu waktu sarapan. Namun sekarang waktu sarapan sudah tiba, dan Upun masih tidur. Fikiran nakal Ipun mula memberinya idea. Perlahan-lahan Ipun bergerak mendekati Upun."Janganlah dia bangun sekarang..hehe,"Ipun ketawa di dalam hati.

Upun tetap kelihatan kaku walaupun Ipun sudah menghampiri dekat. Ipun berasa tegang di dalam dirinya. Entah kenapa tubuhnya bagaikan sedang bersedia untuk sesuatu. Barangkali dia takut Upun tiba2 bangun dan menjerkahnya pula. "Shh.." berkali2 dia menenangkan hatinya yang kian berdebar.

Kini Ipun sudah berada di belakang Upun. Sekeliling mereka tenang dan sunyi tanpa gangguan lain. Ipun malah menahan nafasnya agar dia langsung tidak dikesan. Bila2 masa saja dia akan melakukannya. "Wargh!!!!" Ipun menyergah sambil memegang tubuh Upun.

Diam. Sekujur tubuh Upun tidak memberi sebarang reaksi. Ipun yang tadinya bersemangat tiba2 bertukar pucat. Tangannya yang masih memegang tubuh Upun tidak merasakan kehangatan nyawa. Ipun menggoncang2 tubuh Upun ingin kepastian. "Upun! Upun! Bangunlah!"jerit Ipun berulangkali.

Namun Upun tiadalah bangun lagi. Tinggal jasad tanpa nyawa. Wajah Ipun mula terasa hangat. Matanya mula basah. Kedua tangannya masih menggoncang tubuh Upun, tidak mahu menerima kenyataan yang rakan sepermainannya itu telah tiada lagi buat selama2nya. Ipun tinggal menangis mengenangkan dirinya yang kini sebatang kara.

Sejak ketiadaan Upun, suasana di situ sunyi sekali. Ipun sentiasa termenung bersendirian tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitarnya. Mungkin segalanya mengingatkan Ipun terhadap Upun. Bersama-sama bermain dan berkejar2an. Sama-sama berebut makanan walaupun tahu banyak yang berlebihan. Sama-sama..

***

Cucuran dari pam kecil mengocak air dengan ritma yang sekata. Namun tiada juga kelihatan kelibat yang dicari-carinya. Dia melihat ke setiap sudut. Hatinya dirundung syak yang tidak enak. Akhirnya matanya menemui apa yang dicari. "Hmm.. akhirnya kau juga Ipun.." keluh hati Ikram apabila melihat sekujur tubuh Ipun terapung diolek2 kocakan air di sudut akuarium, tepat dua hari selepas kematian Upun di sudut yang sama.


Ipun dalam kenangan



5 ulasan:

Maria Kajiwa berkata...

Berbeza sangat rasanya tetapi cerita sangat jelas.Peminat akan bertambah ,tengoklah nanti.
Ada beberapa susut kurang tajam. Secara keseluruhan nampak cantik.

Sarah berkata...

so sweet..ada tribute utk ikan2 dia..sarah setuju cerita kali ini seperti berlainan dengan yang selalunya.menguji formulalah katakan..

Maria Kajiwa berkata...

sebut pasal formula ni nak buat ulangkaji sikit pasal cerpen.
Struktur cerpen cuma pakai scene dan tidak ada sekuel jadi kalau ikut formula itu kira G-C-D tetapi itu novel kalau cerpen G-C-D- Resolution.
Memandangkan Nad selalu guna struktur 1-2-3-Bang maka formula itu boleh diubah kepada G-C-C-D !
Betul tak?
jika begitu, cerkon ini kekurangan 1 C sebelum D, cuba perhatikan, jika akak silaplah.

Nadd berkata...

terima kasih di atas tunjuk ajar akak. sebenarnya cerkon di atas adalah latihan penulisan menggunakan M-RU dengan hampir tiada edit, maka di situ kelihatan susut2 yang akak nyatakan. maaf kerana menghidang yang tidak sempurna.

saya setuju dgn GCCD/GCC-pulas bg kebanyakan cerkon saya, dan cerkon kali ini mmg kekurangan satu C, maka kelihatan agak ringkas :)

sarah : mm akuarium tu masih berkocak sepi.. nk kena cari ikan baru.. tp kena tukar air dulu..

PwinCess Emy~ berkata...

bile lak ikan emas tu ada nama? tak bgtau pon?? kekeke... kura2 emy tak bagi nama lagi.. tolong pk kan..